Liqa 2

December 4th, 2008 by lujnahtugaskhas

Hasil Liqa 2 pada 13 November 2008:

1. Bermula tahun hadapan:
- Borang Kehadiran Pelatih ke surau akan bermula

- Penghantaran Ruhul Jadid ke semua IPG akan bermula, oleh itu sila usahakan contact no. exco surau:
1. Rafiq- IPTEK
2. Nadiah – IP Gaya
3. Musa – IPTHO
4. Kak Long – IBMM
5. Ilot – IPRM
6. Suhaida – IP Tawau
7. Zaleha – IP Batu Lintang
8. Farah – IP Rajang
9. Za – IPTAR
10. Rabbiyatul – IPIK
11. Kak Ja – IPKT

- First-Aid akan di surau

2. Tugasan semasa cuti:
- Respon emel pada 21 Nov, 5 Dis, 19 Dis & 2 Jan (send ke group lujnah tugas khas)

- Cari maklumat tentang adab-adab di Surau, samada dari aspek pemakaian atau akhlak

 hanya.jpg

 

Empat Tanda Orang Beramal Tetapi Tidak Ikhlas

Saiyidina Ali Abu Talib r.a berkata: Ada empat tanda orang yang beramal tetapi tidak ikhlas, iaitu:-

1. Bermalas- malasan apabila bersendirian.
2. Cergas dan kreatif di hadapan orang ramai.
3. Menambahkan amalan apabila dilihat orang ramai.
4. Mengurangkan amalnya apabila dicaci dan dimaki.

Amalan tanpa ikhlas ini seolah- olah seperti seseorang itu mengisi batu kerikil di tepi jalan ke dalam sebuah bekas lalu membawanya ke pasar untuk dijual. Ia bukan sahaja tidak memperolehi apa- apa, tetapi ditertawakan orang lain. Darjat ikhlas itu merangkumi tiga perkara iaitu:-

1. Seseorang beribadat kepada Allah hanya mengharapkan keredaan- Nya atau mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. semata- mata.

2. Beramal baik kerana inginkan syurga dan menghindari seksa api neraka.

3. Beramal baik dengan harapan Allah S.W.T. akan melapang dan memurahkan rezekinya.

Lawan ikhlas ialah riak iaitu beramal baik kerana mengharapkan pujian orang lain dan menunjuk- nunjuk perbuatannya.

Imam Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub turut mentafsirkan sepotong hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Janganlah kamu menjadi salah seorang seperti anjing yang tunduk dan patuh kepada tuannya kerana rasa takut. Janganlah kamu seperti budak suruhan yang buruk perangainya iaitu tidak mahu bekerja jika tidak diberi upah.”

“Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?”- Ar-Rahman -16

Liqa 1

September 17th, 2008 by lujnahtugaskhas

Alhamdulillah…pada 15 September 2008, Lujnah Tugas-tugas Khas Biro Agama & Kerohanian JPP IPIP telah menjalankan Liqa pertama antara ahli-ahli lujnah tersebut. Antara agenda Liqa tersebut ialah sesi taaruf sesama ahli, pemberitahuan tugas-tugas lujnah dan sedikit pengisian rohani. Berikut adalah hasil daripada Liqa yang diadakan:

KETUA LUJNAH

Muhammad Rafiq bin Razali (F5)

 

NAIB KETUA LUJNAH

Nadiah binti Ahmad (F5)

 

AHLI-AHLI LUJNAH

1.MusaAl-Karim bin Yusof (F4)

2. Wan Rosliza binti Wan A. Rahman (F1)

3. Lela binti Nuradin (H3)

4. Zulhafizal bin Daud (H2)

5. Nor Suhaida binti Anior Zamani (H1)

6. Rabbiyatul Adawiyyah binti Pairon (H3)

7. Zaleha binti Ahmad (H1)

8. Farah Liana binti Poudzi (H1)

 

 

 

 

Ukhwah dalam Islam

Ukhwah di jalan Allah adalah nikmat besar dan merupakan bekalan yang melimpah serta sentiasa baru. Allah S.W.T menganugerahkan nikmat ini kepada orang-orang BERIMAN dan menyeru mereka untuk tidak bercerai-berai.

Firman Allah dalam Surah Al-Imran : 103 yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”

Ukhwah merupakan nikmat yang tidak dapat dibeli dengan wang kekayaan dunia, tetapi ia wujud dengan kurniaan dan kekuasaan Allah S.W.T.

Orang yang hidup di bawah naugan cinta dan ukhwah KERANA Allah merasakan kebahagian dan ketenangan jiwa yang tidak pernah dirasakan oleh orang-orang yang berkumpul atas urusan dunia.

Ikhwanul Muslimin telah merasakan kebahagiaan tersebut. Sehinggakan salah seorang daripada mereka merasa terasing apabila tidak hadir pada majlis mereka atau kerana terpaksa berjauhan, bahkan sebahagian mereka mengungkapkan “Suasana ukhwah ikhwan bagi setiap anggota ibarat air bagi ikan”

Kita sebagai umat Islam seharusnya jelas akan kepentingan ukhwah atau bersatu, berkerjasama kerana Allah dalam melakukan sesuatu pekerjaan dengan merujuk peristiwa di mana Rasulullah S.A.W mempersaudarakan kaum Muhajirin dan kaum Ansar.

Dalam bersaudara juga kita hendakalah mengamalkan ithar (mengutamakan saudaranya lebih dari dirinya)

Sahabatku, dalam usaha kita menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran ayuh kita wujudkan ukhwah islamiah iaitu mulai sekarang harus sedar untuk memilih rakan-rakan yang mempunyai jiwa dan pemikiran Islam bukannya rakan yang hanya mahir berhibur dan bersuka ria dengan urusana dunia. Kerana rakan yang mempunyai jiwa Islam akan mewujudkan persaudaraan Islam yang akan memastikan kita berada di jalan yang betul sentiasa.

Sama-samalah islah atau baikilah diri mulai sekarang kerana ajal maut adalah rahsia Allah Taala. Jika niat kita untuk berubah KERANA Allah, insya-Allah kita tidak akan rasa segan dan malu untuk berubah. Betulkan niat mulai saat ini. Wallahualam.

Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut : 6 yang bermaksud:

“Dan sesiapa Yang berjuang (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya Dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.”

Mari bersama-sama kekalkan ukhwah antara kita dan hindari perselisihan dan sengketa.